๐Ÿ“ Klinik Amani Semenyih ยท Buka 8am-11pm ๐Ÿ“ž 03-8211 8060
Klinik Amani
๐Ÿ‘ถ Awareness โฑ๏ธ 4 min baca

7 Tanda Awal Eczema Bayi Yang Sering Terlepas

NA
Dr Nur Adibah
MBBS (MMMC) ยท 16 Julai 2026
๐Ÿ‘ถ

Ringkasan: Eczema pada bayi selalu bermula dengan tanda-tanda halus yang mudah disalah anggap sebagai "ruam biasa". Kenali 7 tanda awal ni supaya boleh dapatkan rawatan lebih cepat.

1. Kulit Pipi Kemerahan & Kering

Tanda paling common. Pipi bayi kelihatan merah, kering, kadang bersisik. Selalunya di kedua-dua pipi, simetri. Boleh jadi teruk waktu cuaca kering atau selepas mandi air panas.

2. Bayi Gosok Muka Berulang Kali

Bayi belum boleh cakap gatal, tapi mereka gosok muka pada bantal, tuala, atau tangan. Kalau bayi kerap gosok muka selepas mandi atau waktu tidur, itu tanda kulit gatal.

3. Kulit Kering & Kasar

Sentuh kulit bayi โ€” sepatutnya lembut. Kalau terasa kasar macam kertas pasir, atau ada patches kering, itu skin barrier bayi lemah.

4. Ruam di Belakang Lutut atau Lipatan Siku

Untuk bayi 6 bulan ke atas, eczema sering muncul di lipatan siku, belakang lutut, atau pergelangan kaki. Kulit sana biasanya lembap dan bergesel.

5. Tidur Tak Nyenyak

Bayi eczema selalu bangun-bangun malam sebab gatal. Kalau bayi awak selalu terjaga tanpa sebab jelas (bukan lapar/lampin basah), periksa kulit dia.

6. Kesan Garuan Kecil

Kuku bayi kecil tapi tajam. Kalau nampak calar-calar kecil di muka, tangan, atau kepala bayi, mungkin dia menggaru waktu tidur.

7. Ruam Muncul Selepas Bahan Tertentu

Kulit bayi flare-up selepas mandi dengan sabun tertentu, pakai baju baru, atau kontak dengan bulu haiwan? Itu tanda kulit dia hyperactive โ€” pattern eczema.

๐Ÿ’ก Tip Dari Doktor

Kalau bayi anda ada 3 atau lebih tanda di atas, jumpa doktor untuk assessment. Diagnosis awal = rawatan lebih berkesan + kurang episode flare teruk.

๐ŸŒฟ

Rawatan Eczema TANPA STEROID

Klinik Amani menyediakan Soora Protocol โ€” protokol rawatan eczema eksklusif yang dibangunkan oleh Dr Azhari Zhahir untuk pesakit yang prefer pendekatan tanpa steroid.

๐Ÿ“ Tersedia di:

  • โœ“ Klinik Amani Semenyih (Jalan Semenyih Impiana 1)
  • โœ“ UNI Klinik Southville City, Dengkil
๐Ÿ’ฌ WhatsApp Untuk Konsultasi

๐Ÿ“ข Dapatkan tips kesihatan kulit terus ke Telegram

Join Komuniti Amani