๐Ÿ“ Klinik Amani Semenyih ยท Buka 8am-11pm ๐Ÿ“ž 03-8211 8060
Klinik Amani
๐ŸŒฟ Awareness โฑ๏ธ 5 min baca

Apa Itu Eczema? Panduan Lengkap Untuk Ibu Bapa

AZ
Dr Azhari Zhahir
MD (UKM), Cert Dermatology ยท 17 Julai 2026
๐ŸŒฟ

Ringkasan: Eczema (atopic dermatitis) adalah keradangan kulit kronik yang menyebabkan kulit kering, gatal, dan meruam. Ia menjejaskan 15-20% kanak-kanak dan 1-3% dewasa di Malaysia. Panduan ini terangkan asas eczema yang setiap ibu bapa perlu tahu.

Definisi Eczema

Eczema, juga dikenali sebagai atopic dermatitis, adalah kondisi di mana lapisan pelindung kulit (skin barrier) lemah, menyebabkan kulit mudah kering, meradang, dan gatal-gatal. Ia adalah kondisi kronik โ€” bermakna boleh berulang atau berterusan jangka panjang.

Menurut kajian, sekitar 15-20% kanak-kanak di Malaysia mengalami eczema pada tahap tertentu, dan angka ni semakin meningkat berbanding dekad-dekad lepas.

Eczema Bukan Berjangkit

Ini penting: eczema TIDAK berjangkit. Anak anda tidak akan jangkit rakan sekolah, dan tak perlu diasingkan di taska/tadika. Eczema disebabkan kombinasi genetik dan pencetus persekitaran, bukan virus atau bakteria.

Kenapa Eczema Berlaku?

  • Genetik โ€” kalau parent ada eczema, asma, atau hay fever, anak 50-80% kemungkinan ada juga
  • Skin barrier lemah โ€” kekurangan protein filaggrin yang penting
  • Sistem imun overactive โ€” kulit react berlebihan pada iritasi kecil
  • Faktor persekitaran โ€” cuaca, habuk, bulu binatang, sabun keras

Simptom Utama

  • Kulit kering, kadang bersisik
  • Ruam merah (biasanya pipi bayi, lipatan siku/lutut kanak-kanak)
  • Gatal โ€” bayi menggosok muka, kanak-kanak menggaru
  • Kulit menebal atau menghitam di kawasan yang sering digaru
  • Gangguan tidur akibat gatal malam-malam

Mitos Yang Perlu Diperbetulkan

  • โŒ "Eczema akan hilang bila dewasa" โ€” 60-70% ya, tapi 30% berterusan
  • โŒ "Kena avoid mandi selalu" โ€” mandi PENTING, cuma teknik betul
  • โŒ "Eczema kerana kurang jaga kebersihan" โ€” tidak berkaitan langsung
  • โŒ "Minyak kelapa je cukup" โ€” moisturizer khas lebih berkesan

๐Ÿ’ก Tip Dari Doktor

Eczema bukan "hujan sekejap" โ€” ia perjalanan jangka panjang. Fokus PENCEGAHAN flare-up lebih penting daripada rawatan flare-up itu sendiri. Moisturizer harian adalah senjata utama.

๐ŸŒฟ

Rawatan Eczema TANPA STEROID

Klinik Amani menyediakan Soora Protocol โ€” protokol rawatan eczema eksklusif yang dibangunkan oleh Dr Azhari Zhahir untuk pesakit yang prefer pendekatan tanpa steroid.

๐Ÿ“ Tersedia di:

  • โœ“ Klinik Amani Semenyih (Jalan Semenyih Impiana 1)
  • โœ“ UNI Klinik Southville City, Dengkil
๐Ÿ’ฌ WhatsApp Untuk Konsultasi

๐Ÿ“ข Dapatkan tips kesihatan kulit terus ke Telegram

Join Komuniti Amani